Reiki


Reiki (霊気 atau レイキ?) ialah amalan kerohanian[1] yang dimajukan oleh Mikao Usui pada tahun 1922. Setelah berpuasa dan bermeditasi selama tiga minggu di Gunung Kurama, di Jepun, Usui mengaku dikurniakan keupayaan "menyembuh tanpa menghabiskan tenaga". Salah satu aspek amalan ini, iaitu tenohira atau penyembuhan tapak tangan, dijadikan satu bentuk perubatan komplemen dan alternatif (CAM). Tenohira ialah teknik yang mana pengamalnya percaya dirinya mengalirkan "tenaga penyembuhan" (suatu bentuk ki) melalui tapak tangan.[5][6]

Tiadanya bukti saintifik yang diterima umum mengenai kewujudan ki mahupun apa-apa mekanisme untuk memanipulasi ki, apatah lagi satu penilaian sistematik pada ujian klinikal rawak yang dijalankan pada tahun 2008 tidak menyokong keberkesanan reiki atau pengesyoran penggunaan reiki untuk merawat mana-mana penyakit..