Formula Pengimbang Tenaga



HF7 FEV BIRU NILA 444nm

RESEPTOR DERIA PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN

Tanda/symptoms

1) Demam

2) Suhu badan yang tinggi

3) Sakit semasa pertumbuhan gigi bayi

4) Kekejangan

5) Sakit telinga/gangguan pendengaran

6) Telinga berdengung

7) Demam tiba-tiba

8) Tekanan darah tinggi/rendah

9) Migraine

10) Buta warna

11) Sakit telinga

o Formula ini sesuai untuk bayi atau kanak-kanak yang diserang demam panas serta panas dalam. Untuk pertumbuhan gigi bayi,larutkan kedalam minumannya

o Sesuai untuk semua demam panas atau sejuk-makan satu butir setiap satu jam sehingga demam kebah

HF8 D.PRS BIRU NILA 453nm



HF8 D.PRS BIRU NILA 453nm

TEKANAN PERASAAN(MEDULLA OBLONGATA)

Tanda/symptoms

1) Tekanan darah rendah

2) Kerunsingan/kegelisahan/keresahan/susah hati

3) Ketegangan

4) Selalu berdebar/gugup/kebimbangan

5) Panic/serba tidak kena

6) Kerasukan

7) Kebas/berpeluh,loya/menggeletar

8) Rasa terhuyung-hayang/rasa nak pitam

o Formula ini memperlihatkan perasaan gembira dan tenteram(berkait HF13)

o Kelemahan di bahagian ini akan mengganggu fungsi hormone pancreas (kencing manis)

o Pusat mempercepatkan denyutan jantung(pengawalan secara reflex)

o Menyaimbangkan tekanan darah rendah.

o Bahagian yang mengawal psikologi dan emosi

o Perlu untuk aliran darah yang cepat

o Meransang saraf simpatetik/meningkatkan kadar denyutan jantung

o Bahagian ini membolehkan badan mengatasi cabaran dari persekitaran luar. Digunakan untuk keadaan-keadaan yang melibatkan stress,ketakutan dan kemarahan yang amat sangat

Reiki


Reiki (霊気 atau レイキ?) ialah amalan kerohanian[1] yang dimajukan oleh Mikao Usui pada tahun 1922. Setelah berpuasa dan bermeditasi selama tiga minggu di Gunung Kurama, di Jepun, Usui mengaku dikurniakan keupayaan "menyembuh tanpa menghabiskan tenaga". Salah satu aspek amalan ini, iaitu tenohira atau penyembuhan tapak tangan, dijadikan satu bentuk perubatan komplemen dan alternatif (CAM). Tenohira ialah teknik yang mana pengamalnya percaya dirinya mengalirkan "tenaga penyembuhan" (suatu bentuk ki) melalui tapak tangan.[5][6]

Tiadanya bukti saintifik yang diterima umum mengenai kewujudan ki mahupun apa-apa mekanisme untuk memanipulasi ki, apatah lagi satu penilaian sistematik pada ujian klinikal rawak yang dijalankan pada tahun 2008 tidak menyokong keberkesanan reiki atau pengesyoran penggunaan reiki untuk merawat mana-mana penyakit..

Amalan


Rawatan seluruh badan

Biasanya bagi rawatan Reiki seluruh badan, pengamal meminta penerima supaya berbaring, lazimnya di atas meja urut, dan bertenang. Mereka biasanya berpakaian longgar dan selesa sepanjang rawatan. Pengamal mengambil sedikit masa untuk menenangkan mindanya dan bersiap sedia dari segi mental, untuk menjalankan rawatan yang selalunya dijalankan tanpa banyak berbual kosong.

Rawatan diteruskan dengan pengamal meletakkan tangannya pada badan penerima di pelbagai posisi. Namun begitu, pengamal boleh menggunakan teknik tanpa sentuh, iaitu tangan dijauhkan beberapa sentimeter dari badan penerima, bagi sesetengah atau kesemua posisi. Biasanya tangan dipegunkan selama tiga hingga lima minit sebelum beralih ke posisi seterusnya. Keseluruhannya, posisi tangan biasanya meliputi bahagian kepala, dada, belakang, lutut dan kaki. Antara 12 dan 20 posisi dilakukan dalam keseluruhan rawatan yang memakan masa 45 hingga 90 minit.

Sesetengah pengamal menggunakan posisi tangan yang ditetapkan, sementara yang lain mengikut gerak hati sebagai panduan kepada bahagian yang perlu dirawat, adakalanya bermula dengan "mengimbas" badan penerima untuk mencari tempatnya. Pendekatan gerak hati ini juga boleh memerlukan rawatan satu-satu posisi yang lebih singkat mahupun lebih lama.

Dilaporkan bahawa penerima selalu merasa bahang atau sesemut di bahagian badan yang dirawat, begitu juga pendekatan tanpa sentuhan. Kesan rawatan serta-merta yang paling nyata adalah keadaan amat santai dan selesa, tetapi boleh timbul juga luahan emosi. Oleh sebab rawatan Reiki ini dikatakan berupa proses penyembuhan semulajadi perangsang, maka biasanya tidak diperhatikan apa-apa "pemulihan" segera bagi masalah kesihatan tertentu. Jika dialami masalah kronik, maka tiga atau lebih rawatan dicadangkan dalam selang masa satu hingga tujuh hari. Rawatan secara kerap dan berterusan juga boleh dengan tujuan menjaga kesihatan. Rawatan-rawatan sebegini biasanya berselang satu hingga empat minggu, kecuali bagi rawatan diri yang biasanya memperlihatkan amalan seharian.

Rawatan tersetempat

Rawatan Reiki tersetempat melibatkan tangan pengamal memegang atau mendekati anggota badan yang tertentu. Luka baru biasanya dirawat dengan cara ini, dengan menyasarkan kawasan luka. Rawatan sedemikian memakan masa tanpa mengira singkat mahupun lama, walaupun 20 minit dikira lazimnya.

Sesetengah pengamal menjalankan rawatan tersetempat untuk penyakit tertentu, dan ada sesetengah bahan terbitan yang turut menunjukkan posisi tangan yang berpatutan. Apapun, pengamal lain pula gemar melakukan rawatan seluruh badan untuk semua masalah kronik atas sebab memberi kesan lebih holistik. Satu lagi pendekatan berupa melakukan rawatan seluruh badan terlebih dahulu, barulah disusuli rawatan tersetempat.